berikut adalah keputusan penilaian sumatif perisian yg dilaksanakan pada minggu ke-14.
Selasa, 5 Jun 2012
Jumaat, 1 Jun 2012
Jadual Exam (Muktamad)
pagi tadi sempat singgah kat pejabat fakulti untuk tengok jadual exam. jadi kepada kawan-kawan mpt1293 sekalian.. kita akan exam pada hari Rabu, 20 Jun 2012, jam 3 - 6 petang bertempat di Kolej Tun Fatimah (50-69) <-- KTF tau.. tapi tempat exam tu tak tau kat mana...
(klik gambar untuk besarkan)
kepada kawan2 mpt1293 sekalian.. saya ucapkan...
Sabtu, 26 Mei 2012
Refleksi Minggu Ke 14
seperti yang dijanjikan, pada minggu ini, setiap kumpulan akan mempersembahkan final project masing-masing. setiap kumpulan telah menggabungkan semua prototaip untuk menjadi sebuah perisian pendidikan yang lengkap mengikut topik pilihan masing-masing.
untuk kumpulan crystal, telah banyak perubahan yang dilakukan kepada perisian kumpulan kami setelah meneliti komen-komen daripada kawan-kawan dalam penilaian peringkat pertama pada minggu ke 10.. tapi rasanya bukan setakat banyak perubahan.. cuma 100% perubahan je.. perubahan daripada layout asal kepada yang baru yang kami fikirkan lebih interaktif berbanding layout lama.. dan apa yang kami buat adalah cuba lari dari konsep paparan antaramuka perisian yang biasa kita gunakan (interface yg boring!).. senang cerita, adalah "derhaka" sikiiiiiiiiiit daripada apa yang telah diajar oleh tok guru (Dr. J).. tapi tak salah kalau nak cuba sesuatu yang baru.. yg penting Dr. J selalu cakap.. "tak berdosa kalau buat macam tu".. sebab Dr. J selalu pesan, jangan terlalu ikut 100% apa yg ada dalam buku.. ada betul jugak, sebab bila 100% ikut buku.. itu yg akan menyekat kreativiti kita..
untuk paparan antaramuka perisian kumpulan kami, konsep yg cuba kami buat adalah buku elektronik (page flip e-book). kalau pernah tonton filem harry potter, masa part ada orang baca surat khabar, dalam surat khabar tu ada gambar yang bergerak-gerak.. lebih kurang macam tu la apa yg kami cuba buat. alhamdulillah setelah berusaha mencari sumber, kami telah berjaya berjumpa dengan satu sumber yang percuma dan diberi keizinan untuk mengubah untuk disesuaikan ke dalam perisian kami. sumber yang kami perolehi adalah format flash (*.fla), bukan page flip format untuk web seperti ASP, PHP atau XML. oleh kerana perisian kami ini seperti sebuah buku, jadi cara navigasi pun lebih kurang macam buku.. kena selak satu persatu.. atau dengan menggunakan label-label yang telah kami tandakan untuk ke topik-topik yang pengguna inginkan. sebab tu dalam setiap page, tiada anak panah untuk "forward" atau "previous".. sebab tak relevan utk sebuah buku!
untuk mencuba try test perisian yang telah kami bangunkan, kawan-kawan bolehlah klik gambar di bawah :

Sabtu, 19 Mei 2012
Refleksi Minggu Ke 13
pada minggu ini, tiada kelas diadakan untuk memberi laluan kepada setiap kumpulan untuk melaksanakan kerja-kerja akhir untuk menggabungkan pototaip untuk menjadi sebuah perisian yang lengkap.
Sabtu, 12 Mei 2012
Refleksi Minggu Ke 12
Testing & Evaluation (pengujian dan penilaian)
TESTING
testing adalah padanan satu set kriteria yang ditetapkan dan boleh diukur terhadap prestasi untuk mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam perisian.
3 jenis kesilapan yang biasa :
- kecacatan rekabentuk (design flaws)
- kesilapan isi kandungan (content errors)
- kecacatan software (software/system defects) atau lebih dikenali sebagai "bugs"
jenis-jenis pengujian (testing)
- functionality testing
- functionality testing
- unit testing
- integration testing
- compability testing
- usability testing
- learnability
- effiency
- memorability
- errors
- satisfaction
pendekatan pengujian (testing approach)
- self testing
- peer review
- concept testing (focus groups)
- field trials
peringkat pengujian (testing stages)
- alpha testing
- beta testing
Dr J ada buat test untuk menguji kefahaman tentang tajuk testing dan Alhamdulillah dapat jawab semua betul..
EVALUATION
evaluation pulak lebih kepada penambah baikan kepada perisian semasa pembangunan perisian atau setelah perisian yang dibangunkan siap sepenuhnya.
evaluation pulak lebih kepada penambah baikan kepada perisian semasa pembangunan perisian atau setelah perisian yang dibangunkan siap sepenuhnya.
kenapa perlu menilai perisian?
- memastikan perisian dapat berfungsi dengan berkesan
- memastikan perisian dapat berfungsi dengan cekap
- penerimaan pengguna
- mengenalpasti masalah
- menambah baik pembangunan
proses penilaian (evaluation) juga adalah untuk menentukan perisian yang dibangunkan itu bagus atau tidak.
peringkat penilaian (evaluation levels)
instrumen penilaian boleh dilakukan dengan cara
- penilaian formatif - penialaian semasa pembangunan masih dijalankan
- penilaian sumatif - penilaian akhir
instrumen penilaian boleh dilakukan dengan cara
- pemerhatian, temubual sama ada berstruktur atau tidak berstruktur
- kaji selidik, kumpulan kawalan, analisis dan laporan
- borang soal selidik, senarai semak dan rubrik
Sabtu, 5 Mei 2012
Refleksi Minggu Ke 11
pada minggu-minggu yang lepas, kita dah pelajari berkenaan information design dan juga interaction design. jadi pada minggu ini adalah berkenaan dengan visual design.
secara ringkasnya, visual design ni adalah berkaitan dengan warna, fon yang digunakan, grafik, elemen-elemen multimedia dan bagaimana semua tu di susun untuk menjadikan layout perisian yang kita bangunkan tu nampak menarik. layout inilah yang dipanggil interface atau antaramuka
jadi, apa yang perlu ada dalam interface?

- latarbelakang yang bersesuaian dengan tema perisian yang nak dibangunkan
- windows dan panel. ini adalah untuk memaparkan isi kandungan dalam bentuk frame.
- button dan control yang jelas untuk dikenali fungsinya sebagai button
- typhography - pastikan teks yang digunakan adalah dalam bentuk sans serif, ringkas, fon yang sama dan hadkan bilangan teks untuk setiap baris.
Khamis, 26 April 2012
Refleksi Minggu Ke 10
pada minggu ini, semua kumpulan diminta untuk mempersembahkan 40% daripada prototype courseware yang telah dibuat. kumpulan kami adalah giliran yang terakhir, dan paling tak lengkap (sedih). bila tengok kan kumpulan lain punya persembahan hebat-hebat courseware diorang.
selain tu, courseware yang kami persembahkan akan dinilai oleh kumpulan lain sebagai penambah baikan untuk memurnikan lagi courseware kami.
selain tu, courseware yang kami persembahkan akan dinilai oleh kumpulan lain sebagai penambah baikan untuk memurnikan lagi courseware kami.
dalam banyak-banyak komen, ada komen yang mengembangkan hidung kami juga walaupun impaknya tak dapat nak menghilangkan kecuakan di hati kami disebabkan banyak yang tak siap lagi.. tak tau la tang mana design kami tu cute??
seperti biasa, setelah selesai presentation, Dr. J akan memberi rumusan, pembetulan, teguran, penambah baikan, nasihat, tunjuk ajar, kesimpulan kepada kami semua.
kesimpulannya, banyak bahagian navigasi, layout grafik dan rekabentuk design yang perlu diperbaiki dalam courseware masing-masing.
Sabtu, 21 April 2012
Minggu 9 : Kelas tunda
sehingga post ini ditulis, kelas masih lagi ditunda untuk kali kedua. kali ini adalah disebabkan Dr. J baru pulang bercuti dari oversea.
Dr. J di Korea Selatan.. (gambar dipinjam daripada blog Dr.J)
Rabu, 11 April 2012
Minggu 8 : Cuti pertabalan YDPA
naik semester break ingatkan ada kelas, rupanya sekali cuti umum sempena pertabalan DYMM YDPA yang ke-14. Daulat Tuanku.. Allahu Akbar!
cuti lagi ni.. so, camne progress storyboard kita?
cuti lagi ni.. so, camne progress storyboard kita?
Sabtu, 7 April 2012
Semester break
sedar tak sedar dah semester break.. maknanya dah makin suntuk untuk siapkan assignment dan research study 2! tapi yg sedihnya, walau semester break.. kenapa sekolah tak cuti jugak?
Refleksi Minggu Ke 7
Minggu ni tak ada kelas secara rasmi memandangkan Dr. J ada urusan yang tak dapat dielakkan. tapi Dr. J beri keizinan guna lab untuk buat perbincangan kumpulan.
Jadi atas persetujuan jemaah ahli kumpulan, kumpulan kami tetap datang untuk membuat perbincangan. dipendekkan cerita, kami telah membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk merangka storyboard masing-masing mengikut topik yang telah ditetapkan.

Sabtu, 31 Mac 2012
Refleksi Minggu Ke 6
minggu ini tajuk yang dipelajari adalah berkenaan interaction design. jadi apa yang dimaksudkan dengan interaktiviti? interaktiviti di dalam perisian adalah cara bagaimana pengguna berhubung dengan perisian iaitu dapat mengawal ke mana pengguna ingin pergi dan apa yang pengguna ingin lihat di dalam sesebuah perisian.
pada fasa pertama, pembangun sesebuah perisian akan mengumpul maklumat-maklumat berkenaan rekabentuk informasi dan kemudiannya akan dipindahkan kepada fasa rekabentuk intraktiviti dengan cara memindahkan segala maklumat atau isi kandungan dalam fasa rekabentuk informasi ke dalam bentuk storyboard yang akan memaparkan navigasi, penggunaan media dan juga kawalan.
secara ringkasnya intraction design ada mengandungi beberapa elemen
Organization
Bagaimana anda boleh membantu pengguna menyesuaikan diri dalam perisian anda?
bagaimana nak tahu navigasi yang kita bangunkan berkesan atau tidak? caranya adalah dengan cara pengguna dapat menjawab soalan-soalan di bawah :

- interaction - apa yang mengawal
- navigation - bagaimana pengguna tahu mereka ada di mana
- organization - bagaimana maklumat atau isi kandungan di susun
Organization
Bagaimana anda boleh membantu pengguna menyesuaikan diri dalam perisian anda?
- paging - contoh dengan meletakkan tanda " muka surat 1 daripada 10"
- buat secara simple dan elakkan buat lebih daripada 15 muka surat.
- buat tab - bezakan warna pada setiap tab atau link
- buat home button pada setiap muka surat.
bagaimana nak tahu navigasi yang kita bangunkan berkesan atau tidak? caranya adalah dengan cara pengguna dapat menjawab soalan-soalan di bawah :
- where am I? pengguna dapat tahu mereka berada pada page mana.
- where can I go? pengguna tahu mereka dapat pergi ke page mana.
- how do I get there? navigasi yang konsisten dan mudah untuk memahami sistem navigasi perisian
- how do I get back to where I started - menyediakan cara untuk pengguna kembali semula ke page sebelumnya atau menu utama.
Sabtu, 24 Mac 2012
Refleksi Minggu ke 5
suasana minggu kelima (sumber gambar : fb Dr.J)
Pada sesi yang kedua, setiap kumpulan diminta untuk mempersembahkan hasil perbincangan pada minggu keempat. Kumpulan Crystal diwakili oleh Fara selaku jurucakap dan juga Liza selaku jurutekan keyboard memberikan penerangan ringkas apa yang kami rancang untuk perisian yang akan kami bangunkan nanti. komen Dr, design document kami masih terlalu umum dan minta kami untuk lebih spesifikkan isi kandungan dan aktiviti untuk disesuaikan di dalam perisian yg akan dibangunkan nanti.. bak kata budak-budak zaman sekarang.. "susah dow.."
last sekali, Dr ada pesan.. Dr nak check blog.. "cuak dow.."
Sabtu, 17 Mac 2012
Refleksi Minggu ke 4
untuk minggu keempat, kami diberi masa yang secukupnya untuk brainstroming dan merangka design document perisian yang akan kami cuba bangunkan nanti dalam tajuk teorem pythagoras.. sebenarnya, tak ada sorang pun guru matematik dalam kumpulan kami, jadi teorem pythagoras pun ingat-ingat lupa.. jadi terpaksa la speed learning balik apa itu teorem pythagoras.
masa mula-mula tu, tak berapa nak faham jugak cara penyediaan design document ni. tapi setelah Dr melihat muka kelat dan terpinga-pinga kami dalam terkial-kial nak merangka design document, baru la Dr tunjukkan beberapa contoh design document yang telah dibuat oleh pelajar sebelum ni.
secara kesimpulannya, memang hari tu otak saya bersimpul-simpul dalam nak memahamkan apa yang perlu dibuat. memang susah. betul la sepeti yang dikata.. fasa ni adalah lebih susah dan rasanya tersusah berbanding fasa-fasa selepas ni.. tapi selepas perbincangan.. maka terhasil la "Manifestation of Pythagoras’ Theorem in the Learning Environment" yang akan dibentangkan pada minggu kelima..
Rabu, 14 Mac 2012
Refleksi Minggu ke 3
minggu ke-3 menyentuh tentang "information design" dalam sesebuah koswer multimedia. terdapat 5 perkara penting yang perlu difikirkan dan dirancang dalam proses information design :
- maklumat : maklumat apa yang ingin dikongsikan dengan pengguna
- pengguna : tentukan siapakah pengguna sasaran yang akan menggunakan koswer.
- tujuan : bagaimana dan kenapa anda ingin berkongsi maklumat dengan pengguna
- pengetahuan sedia ada : mengetahui pengetahuan sedia ada pengguna
- struktur : bagaimana maklumat dapat disampaikan dengan berkesan kepada pengguna
1. teori pembelajaran
- behaveoris
- konstruktivis
- kognitif
- tutorial
- permainan
- latih tubi
- penyelesaian masalah
Blog oh Blog
cuti sekolah yang tak terasa cuti sebab masih terikat dengan kelas yang masih kena pergi dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. hari ni baru berpeluang buka e-learning. tertengok gambar yang Dr. J masukkan (Dr. J seorang yang amat rajin sebab gambar di e-learning sentiasa bertukar saban minggu! - bukan ayat bodek)..
sememangnya nak mantain tulis blog ni adalah sesuatu yang sukar. mungkin pada mulanya bersemangat, tapi lepas tu terbiar tak ber"update".. terpikir gak macam mana penulis tegar blog tu boleh tulis panjang-panjang dalam blog diorang. opss.. fokus-fokus! perlu buat refleksi.. bukan luahan hati! kembalilah ke jalan yang benar!
Khamis, 1 Mac 2012
Refleksi Minggu ke 2
Topic : Multimedia Development Process
- Steps in developing multimedia application
- Design model and methodology
- Instructional design model
Refleksi
Minggu ni baru berpeluang masuk ke kelas CD-ROM Based. Minggu lepas dah terlepas kelas sebab masih merujuk kepada jadual lama, jadi ingatkan kelas cdrom hari Khamis. Rupanya dah tukar hari Rabu. Kelas ni adalah kelas kedua belajar dengan Dr. J. Sebelum ni masa kelas Video Technology Production yang suam-suam kuku je sebab dalam kelas cuma ada 3 orang je.
Minggu ni juga, Dr. J minta semua membentuk kumpulan seramai 3 atau 4 orang satu kumpulan. Jadi kali ni, satu kumpulan dengan Naza, Fara dan Liza dengan nama kumpulan Crystal (memandangkan majoriti kumpulan adalah perempuan, jadi lelaki kalah dalam vote nama kumpulan!)
Cd-rom based ni lebih kurang berkait dengan subjek pengantar teknologi pendidikan, sistem penggubahan (authoring system) dan teknologi dan rekabentuk media yang dah belajar sebelum ni. cuma kali ni lebih praktikal sebab Dr. J minta kami hasilkan sebuah courseware yang lengkap pada penghujung semester nanti.
untuk kelas kali ni, Dr.J menguji kefahaman atau pengetahuan dalam membentuk sebuah courseware yang lengkap mengikut persepsi sendiri. Jadi masing-masing cuba menjawab soalan yang diberikan mengikut pandangan masing-masing yang dirasakan betul.. tapi bila disemak, banyak yang salah rupanya. salah cuma tak ikut peraturan atau rujukan sahaja. tapi berita baiknya, tak berdosa pun kalau tak ikut peraturan atau garis panduan membina courseware!
Alhamdulillah, ada pinjam buku Dr.J dari PSZ sebelum ni. Jadi secara rumusannya, dalam buku tu ada bagitau macam mana nak bina sebuah multimedia courseware yang berkualiti. sebab kalau main buat je, walau tak berdosa seperti kata Dr. J, ianya tetap perlu mengikut langkah demi langkah untuk memastikan kita tak tertinggal perkara-perkara penting yang kalau tertinggal, menyebabkan kita terpaksa mengulang dari awal semula proses. Yang penting dalam setiap proses pembangunan courseware perlu ada fasa analisis (analysis), rekabentuk (design), pembangunan (development), perlaksanaan (implementation) dan penilaian (evaluation). Fasa-fasa tersebut perlu digabungkan dengan teori-teori pendidikan, model-model pengajaran dan kaedah-kaedah pengajaran supaya hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai di akhir pembelajaran nanti.
Isnin, 27 Februari 2012
Refleksi Minggu Pertama
tiada apa yang nak beri refleksi sebab hari pertama dah ter"miss" kelas disebabkan tersalah jadual! Dr. J.. jangan la tolak markah kehadiran saya!
Ahad, 26 Februari 2012
MPT1293 Synopsis
SYNOPSIS
COURSE/CODE : CD-ROM-BASED MULTIMEDIA DEVELOPMENT (MPT 1293)
SESSION : 2011/2012-2
PROGRAMME : MPP (EDUCATIONAL TECHNOLOGY)
INSTRUCTOR : ASSOC PROF. DR. JAMALLUDIN HJ. HARUN
This course gives exposure and experience to students in developing interactive educational multimedia application based on appropriate software design theory. The standard and compatibility of each multimedia component in developing the multimedia application will be highlighted. This course also put emphasis on the project management, technical issues (concerning design, testing and distribution), the end format and the courseware evaluation techniques. After completing the course, the students are expected to apply their knowledge, skills and experiences in developing a highly-presentable educational cd-rom based multimedia learning materials. This course requires authoring skills that have been learned in MPT 1193.
LEARNING OUTCOMES
At the end of the course, students should be able to:

- Identify the concepts of design and development for an educational multimedia applications.
- Demonstrate the ability to plan, organize and implement their design of cd-rom based multimedia applications.
- Develop a multimedia application for the purpose of teaching and learning.
- Discuss the relationship between content, structure and design that is the foundation of successful educational multimedia application projects.
- Conduct an evaluation process towards the produced cd-rom based multimedia application.
- Develop an understanding of the main technological issues surrounding to multimedia design and development.
Langgan:
Catatan (Atom)