Sabtu, 17 Mac 2012

Refleksi Minggu ke 4


untuk minggu keempat, kami diberi masa yang secukupnya untuk brainstroming dan merangka design document perisian yang akan kami cuba bangunkan nanti dalam tajuk teorem pythagoras.. sebenarnya, tak ada sorang pun guru matematik dalam kumpulan kami, jadi teorem pythagoras pun ingat-ingat lupa.. jadi terpaksa la speed learning balik apa itu teorem pythagoras.

masa mula-mula tu, tak berapa nak faham jugak cara penyediaan design document ni. tapi setelah Dr melihat muka kelat dan terpinga-pinga kami dalam terkial-kial nak merangka design document, baru la Dr tunjukkan beberapa contoh design document yang telah dibuat oleh pelajar sebelum ni.

secara kesimpulannya, memang hari tu otak saya bersimpul-simpul dalam nak memahamkan apa yang perlu dibuat. memang susah. betul la sepeti yang dikata.. fasa ni adalah lebih susah dan rasanya tersusah berbanding fasa-fasa selepas ni.. tapi selepas perbincangan.. maka terhasil la "Manifestation of Pythagoras’ Theorem  in the Learning Environment" yang akan dibentangkan pada minggu kelima..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan