Memaparkan catatan dengan label refleksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label refleksi. Papar semua catatan

Sabtu, 7 April 2012

Refleksi Minggu Ke 7

Minggu ni tak ada kelas secara rasmi memandangkan Dr. J ada urusan yang tak dapat dielakkan. tapi Dr. J beri keizinan guna lab untuk buat perbincangan kumpulan.

Jadi atas persetujuan jemaah ahli kumpulan, kumpulan kami tetap datang untuk membuat perbincangan. dipendekkan cerita, kami telah membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk merangka storyboard masing-masing mengikut topik yang telah ditetapkan.


Sabtu, 24 Mac 2012

Refleksi Minggu ke 5

 suasana minggu kelima (sumber gambar : fb Dr.J)

Sesi yang pertama, Dr.J tunjukkan beberapa contoh perisian yang telah dibangunkan sama ada secara professional atau separa amatur dan minta pelajar cuba mencari kekuatan atau kelemahan perisian tersebut. daripada yg Dr terangkan, untuk menghasilkan sebuah perisian yang bagus, kita perlu gabungkan di antara teori pembelajaran, strategi, kaedah pembelajaran dan juga multimedia.



Pada sesi yang kedua, setiap kumpulan diminta untuk mempersembahkan hasil perbincangan pada minggu keempat. Kumpulan Crystal diwakili oleh Fara selaku jurucakap dan juga Liza selaku jurutekan keyboard memberikan penerangan ringkas apa yang kami rancang untuk perisian yang akan kami bangunkan nanti. komen Dr, design document kami masih terlalu umum dan minta kami untuk lebih spesifikkan isi kandungan dan aktiviti untuk disesuaikan di dalam perisian yg akan dibangunkan nanti.. bak kata budak-budak zaman sekarang.. "susah dow.."


last sekali, Dr ada pesan.. Dr nak check blog.. "cuak dow.."

Sabtu, 17 Mac 2012

Refleksi Minggu ke 4


untuk minggu keempat, kami diberi masa yang secukupnya untuk brainstroming dan merangka design document perisian yang akan kami cuba bangunkan nanti dalam tajuk teorem pythagoras.. sebenarnya, tak ada sorang pun guru matematik dalam kumpulan kami, jadi teorem pythagoras pun ingat-ingat lupa.. jadi terpaksa la speed learning balik apa itu teorem pythagoras.

masa mula-mula tu, tak berapa nak faham jugak cara penyediaan design document ni. tapi setelah Dr melihat muka kelat dan terpinga-pinga kami dalam terkial-kial nak merangka design document, baru la Dr tunjukkan beberapa contoh design document yang telah dibuat oleh pelajar sebelum ni.

secara kesimpulannya, memang hari tu otak saya bersimpul-simpul dalam nak memahamkan apa yang perlu dibuat. memang susah. betul la sepeti yang dikata.. fasa ni adalah lebih susah dan rasanya tersusah berbanding fasa-fasa selepas ni.. tapi selepas perbincangan.. maka terhasil la "Manifestation of Pythagoras’ Theorem  in the Learning Environment" yang akan dibentangkan pada minggu kelima..





Rabu, 14 Mac 2012

Refleksi Minggu ke 3

minggu ke-3 menyentuh tentang "information design" dalam sesebuah koswer multimedia. terdapat 5 perkara penting yang perlu difikirkan dan dirancang dalam proses information design :

  1. maklumat : maklumat apa yang ingin dikongsikan dengan pengguna
  2. pengguna : tentukan siapakah pengguna sasaran yang akan menggunakan koswer.
  3. tujuan : bagaimana dan kenapa anda ingin berkongsi maklumat dengan pengguna
  4. pengetahuan sedia ada : mengetahui pengetahuan sedia ada pengguna
  5. struktur : bagaimana maklumat dapat disampaikan dengan berkesan kepada pengguna
selain itu, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira iaitu :

1. teori pembelajaran
  • behaveoris
  • konstruktivis
  • kognitif
2. strategi pengajaran dan pembelajaran
  • tutorial
  • permainan
  • latih tubi
  • penyelesaian masalah
3. gaya pembelajaran

Khamis, 1 Mac 2012

Refleksi Minggu ke 2



Topic : Multimedia Development Process

  • Steps in developing multimedia application
  • Design model and methodology
  • Instructional design model


Refleksi


Minggu ni baru berpeluang masuk ke kelas CD-ROM Based. Minggu lepas dah terlepas kelas sebab masih merujuk kepada jadual lama, jadi ingatkan kelas cdrom hari Khamis. Rupanya dah tukar hari Rabu. Kelas ni adalah kelas kedua belajar dengan Dr. J. Sebelum ni masa kelas Video Technology Production yang suam-suam kuku je sebab dalam kelas cuma ada 3 orang je.


Minggu ni juga, Dr. J minta semua membentuk kumpulan seramai 3 atau 4 orang satu kumpulan. Jadi kali ni, satu kumpulan dengan Naza, Fara dan Liza dengan nama kumpulan Crystal (memandangkan majoriti kumpulan adalah perempuan, jadi lelaki kalah dalam vote nama kumpulan!)


Cd-rom based ni lebih kurang berkait dengan subjek pengantar teknologi pendidikan, sistem penggubahan (authoring system) dan teknologi dan rekabentuk media yang dah belajar sebelum ni. cuma kali ni lebih praktikal sebab Dr. J minta kami hasilkan sebuah courseware yang lengkap pada penghujung semester nanti.
untuk kelas kali ni, Dr.J menguji kefahaman atau pengetahuan dalam membentuk sebuah courseware yang lengkap mengikut persepsi sendiri. Jadi masing-masing cuba menjawab soalan yang diberikan mengikut pandangan masing-masing yang dirasakan betul.. tapi bila disemak, banyak yang salah rupanya. salah cuma tak ikut peraturan atau rujukan sahaja. tapi berita baiknya, tak berdosa pun kalau tak ikut peraturan atau garis panduan membina courseware!
Alhamdulillah, ada pinjam buku Dr.J dari PSZ sebelum ni. Jadi secara rumusannya, dalam buku tu ada bagitau macam mana nak bina sebuah multimedia courseware yang berkualiti. sebab kalau main buat je, walau tak berdosa seperti kata Dr. J, ianya tetap perlu mengikut langkah demi langkah untuk memastikan kita tak tertinggal perkara-perkara penting yang kalau tertinggal, menyebabkan kita terpaksa mengulang dari awal semula proses. Yang penting dalam setiap proses pembangunan courseware perlu ada fasa analisis (analysis), rekabentuk (design), pembangunan (development), perlaksanaan (implementation) dan penilaian (evaluation). Fasa-fasa tersebut perlu digabungkan dengan teori-teori pendidikan, model-model pengajaran dan kaedah-kaedah pengajaran supaya hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai di akhir pembelajaran nanti.

Isnin, 27 Februari 2012

Refleksi Minggu Pertama

tiada apa yang nak beri refleksi sebab hari pertama dah ter"miss" kelas disebabkan tersalah jadual! Dr. J.. jangan la tolak markah kehadiran saya!