Topic : Multimedia Development Process
- Steps in developing multimedia application
- Design model and methodology
- Instructional design model
Refleksi
Minggu ni baru berpeluang masuk ke kelas CD-ROM Based. Minggu lepas dah terlepas kelas sebab masih merujuk kepada jadual lama, jadi ingatkan kelas cdrom hari Khamis. Rupanya dah tukar hari Rabu. Kelas ni adalah kelas kedua belajar dengan Dr. J. Sebelum ni masa kelas Video Technology Production yang suam-suam kuku je sebab dalam kelas cuma ada 3 orang je.
Minggu ni juga, Dr. J minta semua membentuk kumpulan seramai 3 atau 4 orang satu kumpulan. Jadi kali ni, satu kumpulan dengan Naza, Fara dan Liza dengan nama kumpulan Crystal (memandangkan majoriti kumpulan adalah perempuan, jadi lelaki kalah dalam vote nama kumpulan!)
Cd-rom based ni lebih kurang berkait dengan subjek pengantar teknologi pendidikan, sistem penggubahan (authoring system) dan teknologi dan rekabentuk media yang dah belajar sebelum ni. cuma kali ni lebih praktikal sebab Dr. J minta kami hasilkan sebuah courseware yang lengkap pada penghujung semester nanti.
untuk kelas kali ni, Dr.J menguji kefahaman atau pengetahuan dalam membentuk sebuah courseware yang lengkap mengikut persepsi sendiri. Jadi masing-masing cuba menjawab soalan yang diberikan mengikut pandangan masing-masing yang dirasakan betul.. tapi bila disemak, banyak yang salah rupanya. salah cuma tak ikut peraturan atau rujukan sahaja. tapi berita baiknya, tak berdosa pun kalau tak ikut peraturan atau garis panduan membina courseware!
Alhamdulillah, ada pinjam buku Dr.J dari PSZ sebelum ni. Jadi secara rumusannya, dalam buku tu ada bagitau macam mana nak bina sebuah multimedia courseware yang berkualiti. sebab kalau main buat je, walau tak berdosa seperti kata Dr. J, ianya tetap perlu mengikut langkah demi langkah untuk memastikan kita tak tertinggal perkara-perkara penting yang kalau tertinggal, menyebabkan kita terpaksa mengulang dari awal semula proses. Yang penting dalam setiap proses pembangunan courseware perlu ada fasa analisis (analysis), rekabentuk (design), pembangunan (development), perlaksanaan (implementation) dan penilaian (evaluation). Fasa-fasa tersebut perlu digabungkan dengan teori-teori pendidikan, model-model pengajaran dan kaedah-kaedah pengajaran supaya hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai di akhir pembelajaran nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan