seperti yang dijanjikan, pada minggu ini, setiap kumpulan akan mempersembahkan final project masing-masing. setiap kumpulan telah menggabungkan semua prototaip untuk menjadi sebuah perisian pendidikan yang lengkap mengikut topik pilihan masing-masing.
untuk kumpulan crystal, telah banyak perubahan yang dilakukan kepada perisian kumpulan kami setelah meneliti komen-komen daripada kawan-kawan dalam penilaian peringkat pertama pada minggu ke 10.. tapi rasanya bukan setakat banyak perubahan.. cuma 100% perubahan je.. perubahan daripada layout asal kepada yang baru yang kami fikirkan lebih interaktif berbanding layout lama.. dan apa yang kami buat adalah cuba lari dari konsep paparan antaramuka perisian yang biasa kita gunakan (interface yg boring!).. senang cerita, adalah "derhaka" sikiiiiiiiiiit daripada apa yang telah diajar oleh tok guru (Dr. J).. tapi tak salah kalau nak cuba sesuatu yang baru.. yg penting Dr. J selalu cakap.. "tak berdosa kalau buat macam tu".. sebab Dr. J selalu pesan, jangan terlalu ikut 100% apa yg ada dalam buku.. ada betul jugak, sebab bila 100% ikut buku.. itu yg akan menyekat kreativiti kita..
untuk paparan antaramuka perisian kumpulan kami, konsep yg cuba kami buat adalah buku elektronik (page flip e-book). kalau pernah tonton filem harry potter, masa part ada orang baca surat khabar, dalam surat khabar tu ada gambar yang bergerak-gerak.. lebih kurang macam tu la apa yg kami cuba buat. alhamdulillah setelah berusaha mencari sumber, kami telah berjaya berjumpa dengan satu sumber yang percuma dan diberi keizinan untuk mengubah untuk disesuaikan ke dalam perisian kami. sumber yang kami perolehi adalah format flash (*.fla), bukan page flip format untuk web seperti ASP, PHP atau XML. oleh kerana perisian kami ini seperti sebuah buku, jadi cara navigasi pun lebih kurang macam buku.. kena selak satu persatu.. atau dengan menggunakan label-label yang telah kami tandakan untuk ke topik-topik yang pengguna inginkan. sebab tu dalam setiap page, tiada anak panah untuk "forward" atau "previous".. sebab tak relevan utk sebuah buku!
untuk mencuba try test perisian yang telah kami bangunkan, kawan-kawan bolehlah klik gambar di bawah :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan