pada fasa pertama, pembangun sesebuah perisian akan mengumpul maklumat-maklumat berkenaan rekabentuk informasi dan kemudiannya akan dipindahkan kepada fasa rekabentuk intraktiviti dengan cara memindahkan segala maklumat atau isi kandungan dalam fasa rekabentuk informasi ke dalam bentuk storyboard yang akan memaparkan navigasi, penggunaan media dan juga kawalan.
secara ringkasnya intraction design ada mengandungi beberapa elemen
- interaction - apa yang mengawal
- navigation - bagaimana pengguna tahu mereka ada di mana
- organization - bagaimana maklumat atau isi kandungan di susun
Organization
Bagaimana anda boleh membantu pengguna menyesuaikan diri dalam perisian anda?
- paging - contoh dengan meletakkan tanda " muka surat 1 daripada 10"
- buat secara simple dan elakkan buat lebih daripada 15 muka surat.
- buat tab - bezakan warna pada setiap tab atau link
- buat home button pada setiap muka surat.
bagaimana nak tahu navigasi yang kita bangunkan berkesan atau tidak? caranya adalah dengan cara pengguna dapat menjawab soalan-soalan di bawah :
- where am I? pengguna dapat tahu mereka berada pada page mana.
- where can I go? pengguna tahu mereka dapat pergi ke page mana.
- how do I get there? navigasi yang konsisten dan mudah untuk memahami sistem navigasi perisian
- how do I get back to where I started - menyediakan cara untuk pengguna kembali semula ke page sebelumnya atau menu utama.