Khamis, 26 April 2012

Refleksi Minggu Ke 10

pada minggu ini, semua kumpulan diminta untuk mempersembahkan 40% daripada prototype courseware yang telah dibuat. kumpulan kami adalah giliran yang terakhir, dan paling tak lengkap (sedih). bila tengok kan kumpulan lain punya persembahan hebat-hebat courseware diorang.



selain tu, courseware yang kami persembahkan akan dinilai oleh kumpulan lain sebagai penambah  baikan untuk memurnikan lagi courseware kami.




dalam banyak-banyak komen, ada komen yang mengembangkan hidung kami juga walaupun impaknya tak dapat nak menghilangkan kecuakan di hati kami disebabkan banyak yang tak siap lagi.. tak tau la tang mana design kami tu cute??


seperti biasa, setelah selesai presentation, Dr. J akan memberi rumusan, pembetulan, teguran, penambah baikan, nasihat, tunjuk ajar, kesimpulan kepada kami semua.


kesimpulannya, banyak bahagian navigasi, layout grafik dan rekabentuk design yang perlu diperbaiki dalam courseware masing-masing.


Sabtu, 21 April 2012

Minggu 9 : Kelas tunda

sehingga post ini ditulis, kelas masih lagi ditunda untuk kali kedua. kali ini adalah disebabkan Dr. J baru pulang bercuti dari oversea.
Dr. J di Korea Selatan.. (gambar dipinjam daripada blog Dr.J)

Rabu, 11 April 2012

Minggu 8 : Cuti pertabalan YDPA

naik semester break ingatkan ada kelas, rupanya sekali cuti umum sempena pertabalan DYMM YDPA yang ke-14. Daulat Tuanku.. Allahu Akbar!


cuti lagi ni.. so, camne progress storyboard kita?

Sabtu, 7 April 2012

Semester break

sedar tak sedar dah semester break.. maknanya dah makin suntuk untuk siapkan assignment dan research study 2! tapi yg sedihnya, walau semester break.. kenapa sekolah tak cuti jugak?

Refleksi Minggu Ke 7

Minggu ni tak ada kelas secara rasmi memandangkan Dr. J ada urusan yang tak dapat dielakkan. tapi Dr. J beri keizinan guna lab untuk buat perbincangan kumpulan.

Jadi atas persetujuan jemaah ahli kumpulan, kumpulan kami tetap datang untuk membuat perbincangan. dipendekkan cerita, kami telah membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk merangka storyboard masing-masing mengikut topik yang telah ditetapkan.


Sabtu, 31 Mac 2012

Refleksi Minggu Ke 6

minggu ini tajuk yang dipelajari adalah berkenaan interaction design. jadi apa yang dimaksudkan dengan interaktiviti? interaktiviti di dalam perisian adalah cara bagaimana pengguna berhubung dengan perisian iaitu dapat mengawal ke mana pengguna ingin pergi dan apa yang pengguna ingin lihat di dalam sesebuah perisian.

pada fasa pertama, pembangun sesebuah perisian akan mengumpul maklumat-maklumat berkenaan rekabentuk informasi dan kemudiannya akan dipindahkan kepada fasa rekabentuk intraktiviti dengan cara memindahkan segala maklumat atau isi kandungan dalam fasa rekabentuk informasi ke dalam bentuk storyboard yang akan memaparkan navigasi, penggunaan media dan juga kawalan.


secara ringkasnya intraction design ada mengandungi beberapa elemen
  1. interaction - apa yang mengawal
  2. navigation - bagaimana pengguna tahu mereka ada di mana
  3. organization - bagaimana maklumat atau isi kandungan di susun

Organization



Bagaimana anda boleh membantu pengguna menyesuaikan diri dalam perisian anda?

  1. paging - contoh dengan meletakkan tanda " muka surat 1 daripada 10"
  2. buat secara simple dan elakkan buat lebih daripada 15 muka surat. 
  3. buat tab - bezakan warna pada setiap tab atau link
  4. buat home button pada setiap muka surat.
 



bagaimana nak tahu navigasi yang kita bangunkan berkesan atau tidak? caranya adalah dengan cara pengguna dapat menjawab soalan-soalan di bawah :
  1. where am I? pengguna dapat tahu mereka berada pada page mana.
  2. where can I go? pengguna tahu mereka dapat pergi ke page mana.
  3. how do I get there? navigasi yang konsisten dan mudah untuk memahami sistem navigasi perisian
  4. how do I get back to where I started - menyediakan cara untuk pengguna kembali semula ke page sebelumnya atau menu utama.


Sabtu, 24 Mac 2012

Refleksi Minggu ke 5

 suasana minggu kelima (sumber gambar : fb Dr.J)

Sesi yang pertama, Dr.J tunjukkan beberapa contoh perisian yang telah dibangunkan sama ada secara professional atau separa amatur dan minta pelajar cuba mencari kekuatan atau kelemahan perisian tersebut. daripada yg Dr terangkan, untuk menghasilkan sebuah perisian yang bagus, kita perlu gabungkan di antara teori pembelajaran, strategi, kaedah pembelajaran dan juga multimedia.



Pada sesi yang kedua, setiap kumpulan diminta untuk mempersembahkan hasil perbincangan pada minggu keempat. Kumpulan Crystal diwakili oleh Fara selaku jurucakap dan juga Liza selaku jurutekan keyboard memberikan penerangan ringkas apa yang kami rancang untuk perisian yang akan kami bangunkan nanti. komen Dr, design document kami masih terlalu umum dan minta kami untuk lebih spesifikkan isi kandungan dan aktiviti untuk disesuaikan di dalam perisian yg akan dibangunkan nanti.. bak kata budak-budak zaman sekarang.. "susah dow.."


last sekali, Dr ada pesan.. Dr nak check blog.. "cuak dow.."