Sabtu, 12 Mei 2012

Refleksi Minggu Ke 12

Testing & Evaluation (pengujian dan penilaian)

TESTING

testing adalah padanan satu set kriteria yang ditetapkan dan boleh diukur terhadap prestasi untuk mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam perisian.


3 jenis kesilapan yang biasa :
  1. kecacatan rekabentuk (design flaws)
  2. kesilapan isi kandungan (content errors)
  3. kecacatan software (software/system defects) atau lebih dikenali sebagai "bugs"

jenis-jenis pengujian (testing)
  1. functionality testing 
  • functionality testing
  • unit testing
  • integration testing
  • compability testing
  1. usability testing
    • learnability
    • effiency
    • memorability
    • errors
    • satisfaction


    pendekatan pengujian (testing approach)
    1. self testing
    2. peer review
    3. concept testing (focus groups)
    4. field trials

    peringkat pengujian (testing stages)
    1. alpha testing
    2. beta testing
    Dr J ada buat test untuk menguji kefahaman tentang tajuk testing dan Alhamdulillah dapat jawab semua betul..






    EVALUATION 

    evaluation pulak lebih kepada penambah baikan kepada perisian semasa pembangunan perisian atau setelah perisian yang dibangunkan siap sepenuhnya.


    kenapa perlu menilai perisian?
    1. memastikan perisian dapat berfungsi dengan berkesan
    2. memastikan perisian dapat berfungsi dengan cekap
    3. penerimaan pengguna
    4. mengenalpasti masalah
    5. menambah baik pembangunan



    proses penilaian (evaluation) juga adalah untuk menentukan perisian yang dibangunkan itu bagus atau tidak.



    peringkat penilaian (evaluation levels)
    1. penilaian formatif - penialaian semasa pembangunan masih dijalankan
    2. penilaian sumatif - penilaian akhir 

    instrumen penilaian boleh dilakukan dengan cara
    1. pemerhatian, temubual sama ada berstruktur atau tidak berstruktur
    2. kaji selidik, kumpulan kawalan, analisis dan laporan
    3. borang soal selidik, senarai semak dan rubrik


    Sabtu, 5 Mei 2012

    Refleksi Minggu Ke 11

    pada minggu-minggu yang lepas, kita dah pelajari berkenaan information design dan juga interaction design. jadi pada minggu ini adalah berkenaan dengan visual design.


    secara ringkasnya, visual design ni adalah berkaitan dengan warna, fon yang digunakan, grafik, elemen-elemen multimedia dan bagaimana semua tu di susun untuk menjadikan layout perisian yang kita bangunkan tu nampak menarik. layout inilah yang dipanggil interface atau antaramuka


    jadi, apa yang perlu ada dalam interface?
    • latarbelakang yang bersesuaian dengan tema perisian yang nak dibangunkan

    • windows dan panel. ini adalah untuk memaparkan isi kandungan dalam bentuk frame.


    • button dan control yang jelas untuk dikenali fungsinya sebagai button

    • typhography - pastikan teks yang digunakan adalah dalam bentuk sans serif, ringkas, fon yang sama dan hadkan bilangan teks untuk setiap baris.


    Khamis, 26 April 2012

    Refleksi Minggu Ke 10

    pada minggu ini, semua kumpulan diminta untuk mempersembahkan 40% daripada prototype courseware yang telah dibuat. kumpulan kami adalah giliran yang terakhir, dan paling tak lengkap (sedih). bila tengok kan kumpulan lain punya persembahan hebat-hebat courseware diorang.



    selain tu, courseware yang kami persembahkan akan dinilai oleh kumpulan lain sebagai penambah  baikan untuk memurnikan lagi courseware kami.




    dalam banyak-banyak komen, ada komen yang mengembangkan hidung kami juga walaupun impaknya tak dapat nak menghilangkan kecuakan di hati kami disebabkan banyak yang tak siap lagi.. tak tau la tang mana design kami tu cute??


    seperti biasa, setelah selesai presentation, Dr. J akan memberi rumusan, pembetulan, teguran, penambah baikan, nasihat, tunjuk ajar, kesimpulan kepada kami semua.


    kesimpulannya, banyak bahagian navigasi, layout grafik dan rekabentuk design yang perlu diperbaiki dalam courseware masing-masing.


    Sabtu, 21 April 2012

    Minggu 9 : Kelas tunda

    sehingga post ini ditulis, kelas masih lagi ditunda untuk kali kedua. kali ini adalah disebabkan Dr. J baru pulang bercuti dari oversea.
    Dr. J di Korea Selatan.. (gambar dipinjam daripada blog Dr.J)

    Rabu, 11 April 2012

    Minggu 8 : Cuti pertabalan YDPA

    naik semester break ingatkan ada kelas, rupanya sekali cuti umum sempena pertabalan DYMM YDPA yang ke-14. Daulat Tuanku.. Allahu Akbar!


    cuti lagi ni.. so, camne progress storyboard kita?

    Sabtu, 7 April 2012

    Semester break

    sedar tak sedar dah semester break.. maknanya dah makin suntuk untuk siapkan assignment dan research study 2! tapi yg sedihnya, walau semester break.. kenapa sekolah tak cuti jugak?

    Refleksi Minggu Ke 7

    Minggu ni tak ada kelas secara rasmi memandangkan Dr. J ada urusan yang tak dapat dielakkan. tapi Dr. J beri keizinan guna lab untuk buat perbincangan kumpulan.

    Jadi atas persetujuan jemaah ahli kumpulan, kumpulan kami tetap datang untuk membuat perbincangan. dipendekkan cerita, kami telah membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk merangka storyboard masing-masing mengikut topik yang telah ditetapkan.