Khamis, 26 April 2012

Refleksi Minggu Ke 10

pada minggu ini, semua kumpulan diminta untuk mempersembahkan 40% daripada prototype courseware yang telah dibuat. kumpulan kami adalah giliran yang terakhir, dan paling tak lengkap (sedih). bila tengok kan kumpulan lain punya persembahan hebat-hebat courseware diorang.



selain tu, courseware yang kami persembahkan akan dinilai oleh kumpulan lain sebagai penambah  baikan untuk memurnikan lagi courseware kami.




dalam banyak-banyak komen, ada komen yang mengembangkan hidung kami juga walaupun impaknya tak dapat nak menghilangkan kecuakan di hati kami disebabkan banyak yang tak siap lagi.. tak tau la tang mana design kami tu cute??


seperti biasa, setelah selesai presentation, Dr. J akan memberi rumusan, pembetulan, teguran, penambah baikan, nasihat, tunjuk ajar, kesimpulan kepada kami semua.


kesimpulannya, banyak bahagian navigasi, layout grafik dan rekabentuk design yang perlu diperbaiki dalam courseware masing-masing.


Sabtu, 21 April 2012

Minggu 9 : Kelas tunda

sehingga post ini ditulis, kelas masih lagi ditunda untuk kali kedua. kali ini adalah disebabkan Dr. J baru pulang bercuti dari oversea.
Dr. J di Korea Selatan.. (gambar dipinjam daripada blog Dr.J)

Rabu, 11 April 2012

Minggu 8 : Cuti pertabalan YDPA

naik semester break ingatkan ada kelas, rupanya sekali cuti umum sempena pertabalan DYMM YDPA yang ke-14. Daulat Tuanku.. Allahu Akbar!


cuti lagi ni.. so, camne progress storyboard kita?

Sabtu, 7 April 2012

Semester break

sedar tak sedar dah semester break.. maknanya dah makin suntuk untuk siapkan assignment dan research study 2! tapi yg sedihnya, walau semester break.. kenapa sekolah tak cuti jugak?

Refleksi Minggu Ke 7

Minggu ni tak ada kelas secara rasmi memandangkan Dr. J ada urusan yang tak dapat dielakkan. tapi Dr. J beri keizinan guna lab untuk buat perbincangan kumpulan.

Jadi atas persetujuan jemaah ahli kumpulan, kumpulan kami tetap datang untuk membuat perbincangan. dipendekkan cerita, kami telah membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk merangka storyboard masing-masing mengikut topik yang telah ditetapkan.